Thursday 28 June 2012

Paracetamol (Beri Perhatian Pada Label)

Demam adalah masalah kesihatan biasa yang berlaku kepada kebayakkan kanak-kanak. walaupun membimbangkan, ia sebenarnya menandakan badan mereka melawan jangkitan atau keradangan yang disebabkan virus atau bakteria.

Ubat paling kerap digunakan untuk melawan demam dalam kalangan kanak-kanak ialah PARACETAMOL. Paracetamol melegakan demam dengan membantu menurunkan suhu badan. Selain itu, ia juga membantu melegakan kesakitan dengan bertindak sebagai analgesik. 

Menurut WIKIPEDIA, Acetaminophen (Amerika Syarikat) atau paracetamol (United Kingdom), adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsemadan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah didapati, dos berlebihan sama ada sengaja atau tidak sering berlaku.
Berbeza dengan dadah analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofenparasetamol atau asetaminofen tiada sifat anti-keradangan. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam dadah jenis NSAID. Dalam dos normal, asetaminofen tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darahginjal atau duktus arteriosus fetus.
     
Perkara pertama yang perlu dititikberatkan sebelum menggunakan PARACETAMOL mahupun sebarang ubat sekalipun ialah cara membaca label ubat dengan betul. Ibu Bapa dinasihatkan supaya membaca label dengan teliti dan tepat sebelum memberikan ubat demam atau ubat-ubatan lain kepada anak anda.

Antara perkara yang perlu diketahui dan dititikberatkan semasa membaca label ialah nama ubat dan kegunaannya. Pastikan ia betul untuk masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Sekiranya anak-anak mengalami masalah G6PD, pastikan ubat tersebut selamat dan boleh diambil oleh anak-anak.
Kekuatan atau kepekatan produk. Membaca dan memahami kekuatan ubat adalah sangat penting bagi membolehkan dos yang tepat diberi kepada anak. sebagai contoh parasetamol 120mg/5 ml bermaksud dalam setiap 5 ml cecair ubat tersebut terdapat 120mg parasetamol. 

Tarikh pengilangan (jika ada) dan tarikh luput perlu diketahui bagi memastikan ubat masih baik dan boleh digunakan dan tanda amaran iaitu ibu bapa perlu membaca dan meneliti label yang tertera bagi memastikan tiada amaran yang boleh memudaratkan.
Ibu bapa perlu bersikap proaktif dan mengambil tahu perkara-perkara berkait ubat seperti kesan sampingan yang mungkin dialami kanak-kanak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya tertinggal dos, cara pengambilan yang betul dan sebagainya. Membaca label ubat dengan betul dapat memastikan rawatan awal dapat diberikan untuk masalah demam yang dialami anak-anak memberi kesan yang sepatutnya.

Dos Paracetamol berdasarkan umur dan berat badan??? 
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai kenyataan ini, walaupun ubat ini sangat mudah didapati, namun masih ramai yang keliru dengan dos dan cara pengambilannya. Secara umumnya, dos Paracetamol bagi kanak-kanak ialah 10-15 mg bagi setiap satu kilogram berat badan. Bagi bayi berumur 6 bulan dan ke bawah, dos yang sesuai ialah 10 mg bagi setiap satu kilogram berat badan, yakni pemberian perlu dengan nasihat doktor. sekiranya bayi mengalami masalah jaundis, dos ialah 5 mg bagi setiap satu kilogram berat badan bayi berkenaan.

Bagaimana memilih dos, 10 mg atau lebih??? 
mulakan dengan dos yang rendah iaitu 5 mg sebelum menambah kekuatan ubat sehingga 15 mg/kg sekiranya demam yang dialami anak semakin serius. Paracetamol boleh diberikan setiap 4 hingga 6 jam. Seperti pemilihan dos ubat Paracetamol, kekerapan ubat juga perlu bermula dengan kekerapan yang paling rendah.Sekiranya demam makin melarat, Paracetamol perlu diberi setiap 4 jam.

PERINGATAN : JANGAN beri anak anda PARACETAMOL melebihi 4 kali sehari kerana dikhuatiri dos yang diberi akan melebihi had maksimum yang dibenarkan iaitu 4 gram sehari.

No comments:

Post a Comment