Friday 29 June 2012

Sedapnya Sayur!!!!


Sayur-sayuran sememangnya menjadi salah satu makanan yang paling tidak digemari mereka. Kalau ada sedikit warna hijau sayuran pastinya mereka tidak mahu makan. 

untuk melatih mereka memakan sayuran, senang saja......... Sebagai contoh goreng sayur-sayuran berdaun seperti kangkung, bayam, sawi, dan lain-lain dengan menggunakan tepung yang dicampur dengan pelbagai perasa rasanya sedap dan rangup seperti mengunyah keropok. Bagi sayuran seperti yang petola dan lobak merah pula, potonglah sayur-sayuran ini mengikut bentuk bunga yang menarik. Pasti mereka menyukainya!!!!!!!!!!!

Halia Untuk Gigi Sihat


Apabila bayi mula 'gatal gusi' pastinya para ibu tidak sabar untuk melihat gigi pertamanya muncul. Itu tandanya dia melangkah setapak ke hadapan iaitu lebih bersedia untuk makanan pejal.

Namun, tanpa penjagaan yang betul, gigi bayi/kanak-kanak mudah rosak kerana cenderung makan makanan yang manis seperti aiskrim, coklat, kek dan sebagainya.

Bagi memastikan gigi bayi tumbuh cantik dan tidak mudah rosak apabila membesar, ibu hendaklah menghiris sedikit halia dan sapukan ke bahagian gusi yang mengeluarkan gigi. Sebaik-baiknya, langkah ini perlu dilakukan sebaik sahaja gusi yang mengeluarkan gigi.

Botol Susu


Kebanyakkan botol susu yang lutsinar dan keras diperbuat daripada polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A atau lebih dikenali sebagai BPA. Bahan inilah yang membentuk botol susu atau mana-mana jenis botol plastik yang lainnya menjadi keras dan lutsinar.

BPA yang terikat dengan polikarbonat mempunyai kemampuan untuk 'merosakkan' botol. ini terutamanya apabila botol susu yang anda gunakan kerap dicuci, dipanas atau disteril. Ketiga-tiga amalan ini boleh menjejaskan kualiti botol susu. Apatah lagi, apabila BPA yang terkandung di dalamnya meresap keluar dan menyerap masuk ke dalam susu ibu yang berada dalam botol.

Isu BPA dan botol susu ini perlu diambil berat terutamnya keupayaan BPA meniru hormon semulajadi wanita-estradiol. Kebanyakkan data kajian menunjukkan pendedahan yang minimum terhadap BPA sekali pun mampu menjadi punca kepada kanser payu dara, akil baligh dalam usia yang terlalu muda dan perkembangan diri kanak-kanak terganggu.

Jika para ibu bapa was-was dan ingin mengelak terus daripada menggunakan produk yang mengandungi BPA, panduan penggunaan produk-produk berikut adalah antara pilihan yang boleh anda ikuti.

 

  1. Botol kaca - Walaubagaimanapun, risiko kecederaan pada bayi mahupun ibu adalah tinggi jika ia terjatuh dan pecah.
  2. Botol plastik opaque (Legap/Kabur) - Botol ini diperbuat daripada polyethylene atau poliypropylene yang disahkan tidak mengandungi BPA
  3. Botol bebas BPA - walaubagaimanapun harganya kebanyakkan botol jenis ini lebih mahal daripada botol yang berjenama yang lainnya.
  4. Sistem drop-in atau disposable liner - kebanyakkan sistem ini adalah bebas BPA. Ini kerana liner botol yang digunakan tidak mengandungi BPA

PERHATIAN!!!!!!!!!!!!!

Jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro menggunakan botol susu. Botol susu yang kepanasan akan meningkatkan potensi BPA meresap ke dalam susu. selain daripada itu, perbuatan ini mungkin merosakkan komponen penting yang ada di dalam susu.

Thursday 28 June 2012

Rubella


Vaksin Rubella diberi kepada pelajar perempuan supaya tubuh mempunyai antibodi melawan penyakit rubella ini.Penyakit ini merbahaya kepada ibu hamil. ini kerana kuman Rubella menjakiti janin dan bileh mengalami masalah Congenital Rubella Syndrome (CRS). CRS boleh menyebabkan janin menjadi buta dan pekak.

Bagi mengelakkan CRS, Kementerian Kesihatan mengadakan program di mana semua pelajar perempuan di sekolah disuntik dengan vaksin Rubella. Namun hanya 95% pelajar perempuan akan berjaya menghasilkan antibodi di dalam badan. Kejayaan ini berkekalan sepangjang hayat. 

Lebihan Bubur Tetap Lazat


Bubur nasi yang kita masak kadangkala berlebihan. Dari apa yang saya pernah baca dari sebuah majalah, bubur yang berlebihan ini jangan dibuang!!! Tetapi masukkannya ke dalam bekas kiub ais dan disimpan di dalam peti ais. Apabila hendak digunakan, ambil lebih kurang tinga hingga empat kiub, masukkan air dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Bubur berkenaan tetap lazat seperti baru dimasak.

NAMUN, pastikan kiub-kiub bubur tersebut digunakan semula dalam tempoh dua atau tiga hari sahaja. Diharapkan ibu bapa dan pembaca dapat sama-sama mempraktikkan petua ini..

HEHEHE~~~~~~~~~

Ekzema (Pengenalan)


Antara masalah kesihatan kulit yang sering dialami oleh anak-anak kecil ialah ruam kulit yang dikenali sebagai  ekzema.


EKZEMA adalah salah satu ruam kulit kronik yang kelihatan kemerahan atau kering yang akan menjadi gatal. Malah ia akan menyebabkan anak anda berasa tidak selesa dan mungkin akan meragam. Terdapat banyak jenis ruam kulit yang gatal yang biasa adalah ekzema atopik (atopic aczema). Kanak-kanak yang berumur kurang 5 tahun yang biasanya mengidap ekzema, kebanyakkannya yang berumur antara 2 sehingga 6 bulan. Namun sebanyak 60% sehingga 70% antara mereka akan hilang ekzema apabila meningkat dewasa.

Ekzema atopik mungkin disebabkan oleh reaksi keterlaluan sistem pertahanan badan kita. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi ekzema, asma atau masalaj alergi hidung seperti bersin, hidung berair apabila terkena habuk adalah antara mereka yang berisiko untuk mendapat ekzema.

Anak kecil yang menghadapi masalah ekzema akan mengalami ruam merah yang wujud (eczema flare) dan hilang kerapkali pada kulit, biasanya pada bahagian sama. Apabila ruam merah ini hilang, kulit akan menjadi kering, sensitif dan kasar.

Antara faktor yang diketahui boleh menyebabkan ekzema berulang adalah berpeluh dan kepanasan. Tekanan emosi seperti pertukaran ke Tadika atau sekolah baru, kekecewaan tidak mendapat markah yang mencukupi dan alergi terhadap makanan tertentu sebagai susu lembu, telur, atau pewarna makanan, boleh menyebabkan eczema flare berlaku. Jangkitan kuman bakteria terutamanya, Staphylococcus aureus, senang menyerang kulit yang sudah pecah dan merah.

  


Ekzema boleh mengganggu kehidupan penyakitnya. Ruam merah boleh menjadi sangat gatal dan mungkin kelihatan tidak cantik. Kegatalan ini boleh menyebabkan anak-anak kecil terjaga sepanjang malam.

PERHATIAN : Ekzema bukan penyakit berjangkit dan tidak merebak dan kebanyakkan kanak-kanak akhirnya akan sembuh atau gejala-gejalanya menjadi kurang serius apabila umur mereka  meningkat.

Paracetamol (Beri Perhatian Pada Label)

Demam adalah masalah kesihatan biasa yang berlaku kepada kebayakkan kanak-kanak. walaupun membimbangkan, ia sebenarnya menandakan badan mereka melawan jangkitan atau keradangan yang disebabkan virus atau bakteria.

Ubat paling kerap digunakan untuk melawan demam dalam kalangan kanak-kanak ialah PARACETAMOL. Paracetamol melegakan demam dengan membantu menurunkan suhu badan. Selain itu, ia juga membantu melegakan kesakitan dengan bertindak sebagai analgesik. 

Menurut WIKIPEDIA, Acetaminophen (Amerika Syarikat) atau paracetamol (United Kingdom), adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsemadan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah didapati, dos berlebihan sama ada sengaja atau tidak sering berlaku.
Berbeza dengan dadah analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofenparasetamol atau asetaminofen tiada sifat anti-keradangan. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam dadah jenis NSAID. Dalam dos normal, asetaminofen tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darahginjal atau duktus arteriosus fetus.
     
Perkara pertama yang perlu dititikberatkan sebelum menggunakan PARACETAMOL mahupun sebarang ubat sekalipun ialah cara membaca label ubat dengan betul. Ibu Bapa dinasihatkan supaya membaca label dengan teliti dan tepat sebelum memberikan ubat demam atau ubat-ubatan lain kepada anak anda.

Antara perkara yang perlu diketahui dan dititikberatkan semasa membaca label ialah nama ubat dan kegunaannya. Pastikan ia betul untuk masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Sekiranya anak-anak mengalami masalah G6PD, pastikan ubat tersebut selamat dan boleh diambil oleh anak-anak.
Kekuatan atau kepekatan produk. Membaca dan memahami kekuatan ubat adalah sangat penting bagi membolehkan dos yang tepat diberi kepada anak. sebagai contoh parasetamol 120mg/5 ml bermaksud dalam setiap 5 ml cecair ubat tersebut terdapat 120mg parasetamol. 

Tarikh pengilangan (jika ada) dan tarikh luput perlu diketahui bagi memastikan ubat masih baik dan boleh digunakan dan tanda amaran iaitu ibu bapa perlu membaca dan meneliti label yang tertera bagi memastikan tiada amaran yang boleh memudaratkan.
Ibu bapa perlu bersikap proaktif dan mengambil tahu perkara-perkara berkait ubat seperti kesan sampingan yang mungkin dialami kanak-kanak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya tertinggal dos, cara pengambilan yang betul dan sebagainya. Membaca label ubat dengan betul dapat memastikan rawatan awal dapat diberikan untuk masalah demam yang dialami anak-anak memberi kesan yang sepatutnya.

Dos Paracetamol berdasarkan umur dan berat badan??? 
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai kenyataan ini, walaupun ubat ini sangat mudah didapati, namun masih ramai yang keliru dengan dos dan cara pengambilannya. Secara umumnya, dos Paracetamol bagi kanak-kanak ialah 10-15 mg bagi setiap satu kilogram berat badan. Bagi bayi berumur 6 bulan dan ke bawah, dos yang sesuai ialah 10 mg bagi setiap satu kilogram berat badan, yakni pemberian perlu dengan nasihat doktor. sekiranya bayi mengalami masalah jaundis, dos ialah 5 mg bagi setiap satu kilogram berat badan bayi berkenaan.

Bagaimana memilih dos, 10 mg atau lebih??? 
mulakan dengan dos yang rendah iaitu 5 mg sebelum menambah kekuatan ubat sehingga 15 mg/kg sekiranya demam yang dialami anak semakin serius. Paracetamol boleh diberikan setiap 4 hingga 6 jam. Seperti pemilihan dos ubat Paracetamol, kekerapan ubat juga perlu bermula dengan kekerapan yang paling rendah.Sekiranya demam makin melarat, Paracetamol perlu diberi setiap 4 jam.

PERINGATAN : JANGAN beri anak anda PARACETAMOL melebihi 4 kali sehari kerana dikhuatiri dos yang diberi akan melebihi had maksimum yang dibenarkan iaitu 4 gram sehari.