Friday 29 June 2012

Botol Susu


Kebanyakkan botol susu yang lutsinar dan keras diperbuat daripada polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A atau lebih dikenali sebagai BPA. Bahan inilah yang membentuk botol susu atau mana-mana jenis botol plastik yang lainnya menjadi keras dan lutsinar.

BPA yang terikat dengan polikarbonat mempunyai kemampuan untuk 'merosakkan' botol. ini terutamanya apabila botol susu yang anda gunakan kerap dicuci, dipanas atau disteril. Ketiga-tiga amalan ini boleh menjejaskan kualiti botol susu. Apatah lagi, apabila BPA yang terkandung di dalamnya meresap keluar dan menyerap masuk ke dalam susu ibu yang berada dalam botol.

Isu BPA dan botol susu ini perlu diambil berat terutamnya keupayaan BPA meniru hormon semulajadi wanita-estradiol. Kebanyakkan data kajian menunjukkan pendedahan yang minimum terhadap BPA sekali pun mampu menjadi punca kepada kanser payu dara, akil baligh dalam usia yang terlalu muda dan perkembangan diri kanak-kanak terganggu.

Jika para ibu bapa was-was dan ingin mengelak terus daripada menggunakan produk yang mengandungi BPA, panduan penggunaan produk-produk berikut adalah antara pilihan yang boleh anda ikuti.

 

  1. Botol kaca - Walaubagaimanapun, risiko kecederaan pada bayi mahupun ibu adalah tinggi jika ia terjatuh dan pecah.
  2. Botol plastik opaque (Legap/Kabur) - Botol ini diperbuat daripada polyethylene atau poliypropylene yang disahkan tidak mengandungi BPA
  3. Botol bebas BPA - walaubagaimanapun harganya kebanyakkan botol jenis ini lebih mahal daripada botol yang berjenama yang lainnya.
  4. Sistem drop-in atau disposable liner - kebanyakkan sistem ini adalah bebas BPA. Ini kerana liner botol yang digunakan tidak mengandungi BPA

PERHATIAN!!!!!!!!!!!!!

Jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro menggunakan botol susu. Botol susu yang kepanasan akan meningkatkan potensi BPA meresap ke dalam susu. selain daripada itu, perbuatan ini mungkin merosakkan komponen penting yang ada di dalam susu.

No comments:

Post a Comment