Thursday, 28 June 2012

Lebihan Bubur Tetap Lazat


Bubur nasi yang kita masak kadangkala berlebihan. Dari apa yang saya pernah baca dari sebuah majalah, bubur yang berlebihan ini jangan dibuang!!! Tetapi masukkannya ke dalam bekas kiub ais dan disimpan di dalam peti ais. Apabila hendak digunakan, ambil lebih kurang tinga hingga empat kiub, masukkan air dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Bubur berkenaan tetap lazat seperti baru dimasak.

NAMUN, pastikan kiub-kiub bubur tersebut digunakan semula dalam tempoh dua atau tiga hari sahaja. Diharapkan ibu bapa dan pembaca dapat sama-sama mempraktikkan petua ini..

HEHEHE~~~~~~~~~

Ekzema (Pengenalan)


Antara masalah kesihatan kulit yang sering dialami oleh anak-anak kecil ialah ruam kulit yang dikenali sebagai  ekzema.


EKZEMA adalah salah satu ruam kulit kronik yang kelihatan kemerahan atau kering yang akan menjadi gatal. Malah ia akan menyebabkan anak anda berasa tidak selesa dan mungkin akan meragam. Terdapat banyak jenis ruam kulit yang gatal yang biasa adalah ekzema atopik (atopic aczema). Kanak-kanak yang berumur kurang 5 tahun yang biasanya mengidap ekzema, kebanyakkannya yang berumur antara 2 sehingga 6 bulan. Namun sebanyak 60% sehingga 70% antara mereka akan hilang ekzema apabila meningkat dewasa.

Ekzema atopik mungkin disebabkan oleh reaksi keterlaluan sistem pertahanan badan kita. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi ekzema, asma atau masalaj alergi hidung seperti bersin, hidung berair apabila terkena habuk adalah antara mereka yang berisiko untuk mendapat ekzema.

Anak kecil yang menghadapi masalah ekzema akan mengalami ruam merah yang wujud (eczema flare) dan hilang kerapkali pada kulit, biasanya pada bahagian sama. Apabila ruam merah ini hilang, kulit akan menjadi kering, sensitif dan kasar.

Antara faktor yang diketahui boleh menyebabkan ekzema berulang adalah berpeluh dan kepanasan. Tekanan emosi seperti pertukaran ke Tadika atau sekolah baru, kekecewaan tidak mendapat markah yang mencukupi dan alergi terhadap makanan tertentu sebagai susu lembu, telur, atau pewarna makanan, boleh menyebabkan eczema flare berlaku. Jangkitan kuman bakteria terutamanya, Staphylococcus aureus, senang menyerang kulit yang sudah pecah dan merah.

  


Ekzema boleh mengganggu kehidupan penyakitnya. Ruam merah boleh menjadi sangat gatal dan mungkin kelihatan tidak cantik. Kegatalan ini boleh menyebabkan anak-anak kecil terjaga sepanjang malam.

PERHATIAN : Ekzema bukan penyakit berjangkit dan tidak merebak dan kebanyakkan kanak-kanak akhirnya akan sembuh atau gejala-gejalanya menjadi kurang serius apabila umur mereka  meningkat.

Paracetamol (Beri Perhatian Pada Label)

Demam adalah masalah kesihatan biasa yang berlaku kepada kebayakkan kanak-kanak. walaupun membimbangkan, ia sebenarnya menandakan badan mereka melawan jangkitan atau keradangan yang disebabkan virus atau bakteria.

Ubat paling kerap digunakan untuk melawan demam dalam kalangan kanak-kanak ialah PARACETAMOL. Paracetamol melegakan demam dengan membantu menurunkan suhu badan. Selain itu, ia juga membantu melegakan kesakitan dengan bertindak sebagai analgesik. 

Menurut WIKIPEDIA, Acetaminophen (Amerika Syarikat) atau paracetamol (United Kingdom), adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsemadan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah didapati, dos berlebihan sama ada sengaja atau tidak sering berlaku.
Berbeza dengan dadah analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofenparasetamol atau asetaminofen tiada sifat anti-keradangan. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam dadah jenis NSAID. Dalam dos normal, asetaminofen tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darahginjal atau duktus arteriosus fetus.
     
Perkara pertama yang perlu dititikberatkan sebelum menggunakan PARACETAMOL mahupun sebarang ubat sekalipun ialah cara membaca label ubat dengan betul. Ibu Bapa dinasihatkan supaya membaca label dengan teliti dan tepat sebelum memberikan ubat demam atau ubat-ubatan lain kepada anak anda.

Antara perkara yang perlu diketahui dan dititikberatkan semasa membaca label ialah nama ubat dan kegunaannya. Pastikan ia betul untuk masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Sekiranya anak-anak mengalami masalah G6PD, pastikan ubat tersebut selamat dan boleh diambil oleh anak-anak.
Kekuatan atau kepekatan produk. Membaca dan memahami kekuatan ubat adalah sangat penting bagi membolehkan dos yang tepat diberi kepada anak. sebagai contoh parasetamol 120mg/5 ml bermaksud dalam setiap 5 ml cecair ubat tersebut terdapat 120mg parasetamol. 

Tarikh pengilangan (jika ada) dan tarikh luput perlu diketahui bagi memastikan ubat masih baik dan boleh digunakan dan tanda amaran iaitu ibu bapa perlu membaca dan meneliti label yang tertera bagi memastikan tiada amaran yang boleh memudaratkan.
Ibu bapa perlu bersikap proaktif dan mengambil tahu perkara-perkara berkait ubat seperti kesan sampingan yang mungkin dialami kanak-kanak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya tertinggal dos, cara pengambilan yang betul dan sebagainya. Membaca label ubat dengan betul dapat memastikan rawatan awal dapat diberikan untuk masalah demam yang dialami anak-anak memberi kesan yang sepatutnya.

Dos Paracetamol berdasarkan umur dan berat badan??? 
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai kenyataan ini, walaupun ubat ini sangat mudah didapati, namun masih ramai yang keliru dengan dos dan cara pengambilannya. Secara umumnya, dos Paracetamol bagi kanak-kanak ialah 10-15 mg bagi setiap satu kilogram berat badan. Bagi bayi berumur 6 bulan dan ke bawah, dos yang sesuai ialah 10 mg bagi setiap satu kilogram berat badan, yakni pemberian perlu dengan nasihat doktor. sekiranya bayi mengalami masalah jaundis, dos ialah 5 mg bagi setiap satu kilogram berat badan bayi berkenaan.

Bagaimana memilih dos, 10 mg atau lebih??? 
mulakan dengan dos yang rendah iaitu 5 mg sebelum menambah kekuatan ubat sehingga 15 mg/kg sekiranya demam yang dialami anak semakin serius. Paracetamol boleh diberikan setiap 4 hingga 6 jam. Seperti pemilihan dos ubat Paracetamol, kekerapan ubat juga perlu bermula dengan kekerapan yang paling rendah.Sekiranya demam makin melarat, Paracetamol perlu diberi setiap 4 jam.

PERINGATAN : JANGAN beri anak anda PARACETAMOL melebihi 4 kali sehari kerana dikhuatiri dos yang diberi akan melebihi had maksimum yang dibenarkan iaitu 4 gram sehari.

Monday, 25 July 2011

Happy Birthday To Humaira



yum yum~~~~~



Wah!!!! Comel la kek Birthday Humaira

Rakan-rakan di Taska Ummi Ida

The Power Of Three~~~

Besarnya mulut kakak Humaira ni, Musfira~~~ hehehe

Humaira suap adiknya pula, Insyiraah~~~ ala kaburla pulak... huhu


Friday, 24 June 2011

Happy Birthday Rifah Syamimi

Kek ni mak MIMI yang buat sendiri taw!!!


Rakan Sebaya Rifah Syamimi

Nak Kissssss jugak!!! hehe~~~

Ni rakan mimi di Taska Ummi Ida

Peace!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 28 April 2011

Trip To Fire Station

berbaris di Tadika Perpaduan Taman Intan Mas sebelum naik bas

Darwisyah, P3 n Ashran

Aiman, Alif n Wafi

Yana, Hakimi n Madiha

Izzah dan rakannya

xknl la, Syafi n Ain

Darwisy, Hakim n Najla

di pekarangan balai bomba

menunggu penerangan pegawai 

Pegawai bomba sedang memberikan taklimat kepada murid-murid

tekun mendengar semuanya~~~



Mohamad Fitri siap untuk berkhidmat!!!

Nur Irbah Najla siap untuk berkhidmat!!!

Muhammad Khairulsyafi siap untuk berkhidmat!!!

Athirah Nur Amnah siap untuk berkhidmat!!!

Darwisyah siap untuk berkhidmat!!!

Ain Nafisah siap untuk berkhidmat!!!

Wafi Hakim siap untuk berkhidmat!!!

Muhammad Ashran siap untuk berkhidmat!!!

Nur Izzah Batrisyia siap untuk berkhidmat!!!

Ain Najihah siap untuk berkhidmat!!!

Nur Adrianna siap untuk berkhidmat!!!

Muhammad Hakimi siap untuk berkhidmat!!!

Muhammad Darwisy Zaqwan siap untuk berkhidmat!!!



duduk elok2 taw!!!

pegawai bomba sedang memberi penerangan tentang cara-cara menyelamatkan diri ketika kebakaran


di dalam kereta bomba

pemandu bomba



seronoknya~~~~




sesi fotografi


waktu makan!!!!!


sedapnya makan~~~~

yum2

aktiviti mandi air ujan a.k.a air pili bomba

seronok betol budak2 ni main air



budak ni sorang je yg xmain macam kawan2 yang lain.... 
reason : i dunno la...... kene tanye die da,


Overall : Aku pun enjoy jugak ikut trip ke balai bomba ni... hehehe